Monday, 13 February 2012

buah melaka (onde-onde)



huhuhu teringin nak makan onde-onde ni yerr...jom try buat...








Bahan-Bahan Utama
  • 500 gram tepung beras 
  • 2 sudu besar air kapur
  • Air
  • Gula melaka @ nisan kerek (tahu tak ape ni???kah2..) 
  • Kelapa Muda yang boleh dimesin..(hak2,korang agak2 yang macam mana ye???)
  • sedikit garam digaul bersama kelapa yang diparut
  • Serbuk pewarna hijau
Cara-Cara Membuat Kuih Onde-Onde(kelaka plak pgl nme kuih ni kan???hak2)
  1. Gaulkan tepung beras bersama air kapur,sedikit pewarna hijau dan masukkan air sedikit demi sedikit..Uli sehingga sebati dan sampai tidak melekat pada tangan..
  2. Agak-agak korang boleh buat bulat tanpa melekit kat tangan tu da ok laa..(korang paham tak???buat2 paham laa ye,karang terkeluar bahasa ganu payah plak nak explain..kah2)
  3. Pecahkan gula melaka jadi kecil-kecil, untuk dijadikan inti kuih melaka ni..
  4. Ambilkan sedikit doh dan bulatkan pastu tekan bahagian tengah untuk letak inti dan bulatkan semula.(Bulatkan doh tu,jgn laa besar sangat ye..ulang sampai habis laa yee..)
  5. Panaskan air dalam periuk, biarkan air mendidih then masukkan kuih yang siap dibulat bersama inti tadi.
  6. Biarkan sehingga kuih tadi terapung kat permukaan dan toskan sekejap.
  7. Gaulkan kuih yang ditos tadi ke dalam kelapa yang telah dimesin dan masukkan sedikit garam..
  8. Da siap,boleh dihidang segera...keh2


SELAMAT MENCUBA YE!!:)





No comments:

Post a Comment