Friday, 17 February 2012

SIRA LABU



Salam untuk semua.Hari ni cik inn nak berkongsi resepi yang paling senang sekali...iaitu Sira Labu.Jika kat kampung cm orang panggil labu ni sebagai labu punggi..hehe orang tua-tua je tau nama ni:) time2 mood rajin pnh la buat sira labu ni..hehe… tp percayalah, sedap ropanya menda alah ni. Bila dah try sekali musti nak lagi..rasenye lemak2 n manis2 buah g2..klu nak tahu camne sedapnye sira labu ni try la buat..cara2nya spt dibawah yerrr....



Langkah membuat:
  1. Potong labu mengikut ira labu . Kulit tak perlu buang.
  2. Rendam dengan air kapur selama 1jam - 1/2 jam.
  3. Masukkan labu yang telah ditoskan ke dlm periuk . (Bertindih pun tak pe)
  4. Siram gula pasir di atas labu hingga labu tenggelam.
  5. Masakkan di atas api dengan api yang perlahan .
  6. Masakkan hingga keluar bunga gula ( air gula berbuih dan pekat)
  7. Labu telah empuk ..tutup api.
  8. Sejukkan dalam peti sebelum di makan.
  9. Semasa hidang, siram labu dengan air gula yang bersira tadi.






selamat mencuba





No comments:

Post a Comment