Thursday, 14 June 2012

nanas madu


tghari td punya lah ngatok kan...ttbe npk la bos sdg kopek buah nenas! ttbe mata jd bulat 360 djah clciusss....manis gilerrr dek non...dah mkn rajin plk nk bace sal nenas ni kan..jom2 luangkan masa 15 minit baca ttg nenas!!!!!!!!!!

Nanas (nama saintifik : Ananas comosus) ialah sejenis tumbuhan tropikal. Ia adalah tumbuhan asli berasal dari Brazil, Bolivia, dan Paraguay. Tumbuhan ini berada dalam kumpulan bromeliad (Famili Bromeliaceae), tumbuhan yang rendah saka bak herba (herbaceous perennial) dengan 30 atau lebih daun yang panjang, tajam mengelilingi batang yang tebal.


Buahnya dikenali sebagai pineapple dalam bahasa Inggeris kerana bentuknya yang seperti pokok kon pain. Perkataan asal orang Tupi untuk buah ini ialah anana, yang bermakna 'buah yang sangat baik'. 








Khasiat 

Nanas mengandungi khasiat vitamin A, B1 dan bromelain (digunakan untuk melembutkan daging). Ia juga mengandungi asid sitrik yang berkesan untuk menghilangkan lemak dan menguruskan badan. Jus Nanas 

Jus nanas ini bukan sahaja merupakan minuman yang lazat tetapi juga dapat atasi masalah kekeringan di bahagian bibir dan di bahagian 
muka. Amalan minum jus nanas, juga berkesan untuk atasi masalah kencing tidak lawas. 

Enzim yang terdapat pada buah nanas boleh meredakan bengkak-bengkak, kuatkan daya tahan badan serta hapuskan fibrin yang boleh bawa sakit 
jantung dan strok. Selain itu buah ini juga melancarkan perjalanan haidserta berkesan dalam mengatasi masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan tubuh badan. 







No comments:

Post a Comment